Tuntutan Waris Sulu Tidak Jejaskan Kedudukan Sabah Dalam Malaysia | Sabah News

Tuntutan Waris Sulu Tidak Jejaskan Kedudukan Sabah Dalam Malaysia | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa ‘Final award’  berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu yang dikeluarkan dalam prosiding timbang tara di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis tidak akan menjejaskan kedudukan Sabah sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata Malaysia telah banyak kali menegaskan tidak mengiktraf dan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah, yang telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai antara yang menubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963.

“Ingin ditegaskan kerajaan Malaysia tidak berdiam diri, sebaliknya telah mengambil beberapa langkah perlu untuk menghentikan prosiding tuntutan itu,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini seperti dilapor Bernama.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang) berkata kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu itu.

Ini memandangkan lantikan penimbang tara yang dilantik, Dr Gonzalo Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *