Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes Harian COVID-19 | Sabah News

Sabah Teruskan Trend Penurunan Kes Harian COVID-19 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah meneruskan trend penurunan dengan catatan angka jangkitan baharu sebanyak 591 kes, iaitu penurunan 31 kes berbanding semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, nisbah daerah yang mencatatkan penurunan dan peningkatan kes agak seimbang hari ini.

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 11 daerah mencatatkan penurunan kes…

“Hanya daerah Beaufort yang merekodkan penurunan kes baharu yang agar besar iaitu 30 kes setelah mencatatkan peningkatan 27 kes sebelumnya,” katanya dalam rumusan harian kes.

Bagaimanapun, katanya, peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, iaitu 63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes harian.

Tiga kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Bypass Kologon (Ranau), Kluster Simpangan (Beluran) dan Kluster Bukit Garam (Kinabatangan). Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah sebanyak 22.

“Kota Kinabalu kekal sebagai satu-satunya daerah yang mencatat kes baharu tiga angka dengan 174 kes, tetapi kurang 18 kes berbanding jumlah semalam…

“Sebanyak 16 daerah mencatatkan kes dua angka dan 8 daerah lagi mencatatkan kes satu angka sahaja.

“Daerah Tambunan dan Tongod tidak mencatat sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu,” tambah beliau.

Tiga (3) kes hari ini berada dalam Kategori 3, empat (4) dalam Kategori 4 dan dua (2) dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (15 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 174 (192)
Papar – 50 (53)
Tuaran – 46 (42)
Penampang – 42 (58)
Keningau – 35 (16)
Sandakan – 26 (34)
Kota Belud – 22 (20)
Kuala Penyu – 19 (21)
Sipitang – 18 (18)
Tawau – 18 (6)
Putatan – 18 (22)
Tenom – 17 (23)
Beaufort – 17 (47)
Ranau – 14 (10)
Kota Marudu – 13 (11)
Kudat – 13 (7)
Telupid – 12 (6)
Beluran – 7 (3)
Kinabatangan – 7 (7)
Lahad Datu – 6 (6)
Nabawan – 5 (2)
Pitas – 5 (4)
Kunak – 3 (2)
Semporna – 2 (1)
Kalabakan – 2 (3)
Tambunan – 0 (6)
Tongod – 0 (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *