Individu Yang Memasuki Sabah Tidak Perlu Lagi Mengisi e-HDF Bermula Hari Ini | Sabah News

Individu Yang Memasuki Sabah Tidak Perlu Lagi Mengisi e-HDF Bermula Hari Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Individu yang tiba dan masuk di pintu masuk Sabah tidak perlu lagi mengisi borang pengisytiharan kesihatan (e-HDF), bermula hari ini (15 Mac).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, individu yang memasuki negeri ini hanya perlu menunjukkan status vaksin dan risiko menerusi aplikasi MySejahtera.

“Bermula 14 Mac, kerajaan negeri bersetuju dengan saranan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk memansuhkan pengisian e-HDF bagi mana-mana individu yang tiba di pintu masuk negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Masidi yang juga Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah berkata, negeri ini mencatatkan sejumlah 622 jangkitan baharu COVID-19 pada kelmarin (14 Mac) iaitu berlaku penyusutan sebanyak 223 kes berbanding sebelum ini (13 Mac).

Katanya, jumlah yang lebih rendah itu banyak dipengaruhi oleh penyusutan kes-kes baharu di daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

“Bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, hampir 64% dan ini bermakna risiko jangkitan kekal tinggi khususnya di tempat-tempat awam,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 612 atau 99.39% kes baharu yang berlaku kelmarin adalah dalam kategori 1 dan 2, dua kes dalam kategori 3, dua kes dalam kategori 4 dan enam kes dalam kategori 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *