ADUN MACHAP SAH ANGKAT SUMPAH MB JOHOR KE-19 | Sabah News

ADUN MACHAP SAH ANGKAT SUMPAH MB JOHOR KE-19 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. – Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar…

JOHOR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Johor ke-19, hari ini.

DATUK ONN HAFIZ MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR KE-19 DI HADAPAN DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ Hasni Mohammad.

Difahamkan, Datuk Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Terdahulu, Datuk Onn Hafiz memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor serta amat aktif dalam pergerakan generasi muda.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi.

Onn Hafiz memenangi kerusi DUN Machap dengan meraih 11,029 undi mengetepikan tiga pencabar lain iaitu Azlisham Azahar (Perikatan Nasional), R. Sangaran (Muda) dan Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh (Pejuang).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *