4,278 Graduan UMS Akan Menerima Skrol | Sabah News

4,278 Graduan UMS Akan Menerima Skrol | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (duduk tengah) sedang diberikan taklimat oleh Naib Canselor UMS Prof Datuk Taufiq Yap Yun Hin (kiri) bersama rombongan institusi pelajaran tinggi itu mengenai majlis konvokesyen ke-22 yang akan datang…

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 4,728 graduan akan menerima skrol mereka semasa Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) mulai 26 hingga 31 Mac ini.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Taufiq Yap Yun Hin berkata terdapat seramai 2,643 graduan berasal dari Sabah. 

Beliau berkata demikian semasa memberi taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengenai istiadat konvokesyen dalam kunjungan hormat di Menara Kinabalu dekat sini Selasa.

Bagi pelajar antarabangsa pula, seramai 134 akan menamatkan pengajian dengan kumpulan terbesar dari China dengan 74 pelajar diikuti Brunei (21), Timur Leste (10), Indonesia (7), Pakistan (4), Vietnam (4), Bangladesh (3), Mesir (2) dan masing-masing satu dari Thailand, Oman, Kemboja, Korea, Tanzania, Libya, Algeria, Jepun dan Amerika Syarikat.

Taufiq juga berkata terdapat 67 siswazah yang akan menerima PhD dan 287 yang mendapat ijazah sarjana.

Taufiq menyampaikan jemputan kepada Hajiji yang merupakan Pro-Canselor UMS untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *