Perkukuhkan budaya melalui KDCA – Dr. Joachim | Sabah News

Perkukuhkan budaya melalui KDCA – Dr. Joachim | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Dr. Joachim memalu gong bagi gimik perasmian pembukaan cawangan KDCA Kg Minisalu, Ranau…

RANAU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merasmikan pembukaan cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Kampung Mininsalu, di sini kelmarin.

Beliau selaku Pengerusi Penyelaras KDCA Ranau, berkata, misi KDCA adalah menjalinkan perpaduan yang harmoni dalam kepelbagaian sebagai asas penyatuan dan tempat menjalinkan kerjasama, penglibatan dan penyertaan multi-etnik Kadazandusun bagi pengekalan dan pengembangan warisan kebudayaan sebagai asas pembangunan sosio-budaya, ekonomi dan politik yang berkekalan.

“KDCA sebuah persatuan yang aktif mempertahankan dan mengekalkan kebudayaan Kadazandusun supaya tidak hilang ditelan arus pemodenan…

Dr. Joachim memalu gong bagi gimik perasmian pembukaan cawangan KDCA Kg Minisalu, Ranau…

“Antara cara untuk mengekalkan kebudayaan adalah melalui pakaian tradisi, tarian etnik mahupun melalui bahasa,” ujarnya.

Beliau turut memuji penglibatan remaja dari kampung berkenaan dimana mereka mengadakan persembahan tarian-tarian tradisi etnik Dusun dalam majlis berkenaan.

“Siapa lagi yang akan mengekalkan budaya tradisi kita jika bukan kita sendiri?,” katanya.

Dr. Joachim (tengah) disambut dengan tarian etnik suku kaum Dusun dalam majlis perasmian pembukaan cawangan KDCA Kg Mininsalu, Ranau…

Semasa dalam ucapan perasmiannya di Balairaya Kg Mininsalu itu, beliau turut mengalu-alukan semua penduduk kampung (terdiri daripada kaum Dusun) untuk menjadi ahli.

Sehubungan itu, Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang menjayakan majlis perasmian pembukaan cawangan KDCA Kg. Mininsalu.

“Sehingga kini, terdapat 11 cawangan KDCA yang aktif di Ranau dan KDCA Ranau akan memperbanyakkan lagi cawangan-cawangan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *