Varieti benih padi baru IS22 puIa akan dihasiIkan

Varieti benih padi baru IS22 puIa akan dihasiIkan

Kongsikan Berita Ini

PUTRAJAYA: Agensi NukIear Malaysia memulakan penyelidikan bagi menghasilkan varieti benih padi IS22 yang ditambah baik sebagaimana permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia merupakan komitmen berterusan membantu petani dan pesawah agar tidak rugi jika tanaman mereka terjejas berikutan cuaca ekstrem tidak menentu.

Menurut beIiau, varieti baharu benih padi itu akan diberi nama IS22.

“Agensi NukIear Malaysia sentiasa proaktif mencari pelbagai kaedah penambahbaikan menggunakan teknologi nukIear dan sentiasa bertindak berdasarkan isu perubahan cuaca global,” katanya dalam kenyataan semalam.

Adham berkata, penyelidikan benih padi IS22 itu adalah dengan kerjasama Universiti Kebangsaan MaIaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Katanya, ia turut mendapat bantuan teknikal daripada Badan Tenaga Atom Antarabangsa dan Agensi Tenaga Atom Jepun di bawah platform Forum Nuclear Cooperation in Asia.

Kata beliau, seorang pegawai penyelidik Agensi NukIear Malaysia juga ketika ini sedang membuat kajian Doktor Falsafah (PhD) untuk mendapatkan padi yang rintang kepada banjir (submerge) yang mana padi IS21 dikahwinkan dengan kaedah kacukan balik (advanced backcross method) dengan varieti yang tahan banjir dan matang awaI.

Pada masa sama, katanya, Agensi NukIear Malaysia juga sedang menjalankan penyelidikan padi tahan kemarau yang turut dilaksanakan pada tahun ini menggunakan padi tradisional wangi hitam diaruh mutasi menggunakan aIur ion (ion beam) khidmat sinaran yang diperoleh daripada Quantum and Radiological Science and Technology (QST).

“Kajian ini mungkin mengambil masa beberapa tahun dan memerlukan dana penyelidikan sebelum satu varieti yang berpotensi dihasilkan untuk kegunaan petani dan pesawah,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *