Ribut Solar Diramal Berlaku Esok | Sabah News

Ribut Solar Diramal Berlaku Esok | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

GAmbar hiasan…

WASHINGTON, AS – Sejumlah 80 peratus kebarangkalian ribut solar kuat akan melanda Bumi pada esok (14 Mac), kata Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Memetik laporan Daily Star, 20 peratus kebarangkalian ribut itu akan memberi kesan kepada Britain.

Orang ramai di seluruh dunia berpeluang melihat Aurora, satu fenomena cahaya yang sering dilihat di kawasan berlatitud tinggi susulan fenomena itu…

Dijangka juga fenomena itu dapat dilihat lebih jauh ke arah Khatulistiwa semasa ribut itu berlaku.

“Penemuan tepat! Model ramalan NOAA dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan ribut suria akan melanda Bumi antara pukul 8 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan),” kata seorang ahli fizik angkasa lepas, Dr. Tamitha Skov menerusi ciapan di laman Twitter.

Tambah Skov, kesan daripada fenomena tersebut dijangka kuat.

“Aurora mungkin boleh dilihat jauh ke latitud tengah selain akan berlakunya gangguan kepada radio amatur dan penerimaan GPS, terutamanya menjelang waktu subuh, senja atau malam di Bumi,’’ katanya dalam ciapan yang sama.

Khamis lalu, satu suar suria kelas C yang agak lemah meletus dari sisi Matahari yang menghadap Bumi.

Ahli astronomi dan penulis laman spaceweather.com, Dr. Tony Phillips berkata, suar itu kebiasaannya adalah luar biasa dengan letusan kali ini dikatakan bertahan selama hampir 12 jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *