HAJIJI LANCARKAN PARTI KDM, UMUM GRS TELAH DIDAFTARKAN | Sabah News

HAJIJI LANCARKAN PARTI KDM, UMUM GRS TELAH DIDAFTARKAN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan gimik pelancaran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan bekas Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu, hari ini…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini melancarkan Parti Kesejahteraan Demokratik Rakyat (KDM) yang juga dikatakan bakal menjadi sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam pada itu, Hajiji turut mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran GRS sebagai sebuah entiti politik telah disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada Jumaat lalu.

“Dengan (kelulusan) ini kita mempunyai satu jajaran politik baharu di Sabah yang sesuai dengan keadaan politik semasa negeri.

“Saya mengalu-alukan hasrat Parti KDM untuk bersama-sama dengan GRS. Saya akan membawa permohonan ini untuk pertimbangan dan persetujuan rakan-rakan komponen,” kata beliau yang juga pengerusi GRS.

Beliau mengajak ahli pemimpin-pemimpin negeri ini untuk menghapuskan politik negatif dan remeh temeh…

“Tiada masa yang lebih sesuai selain sekarang ini. Marilah bersama-sama menjunjung mandat yang rakyat telah berikan kepada kita untuk kemakmuran Sabah,” katanya di Sabah International Convention Centre (SICC).

Mengulas tentang keputusan Pilihan Raya Negeri Johor, beliau berkata ianya mesti dihormati sambil mengucapkan tahniah kepada pemerintah Barisan Nasional.

“Lain padang, lain belalang, ringkasnya.

GRS yang rasmi kini terdiri daripada SAPP, PBS, BERSATU dan STAR.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *