Pelajar Malaysia terbit karya fiksyen di UK

Anzenikha Zali, pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Vokasional Keningau, telah menulis sebuah cerita fiksyen kilat yang bertajuk “Linangkit” yang telah diterbitkan di sebuah majalah, Writer’s Egg Magazine, yang berpangkal di Bristol, United Kingdom. Cerita yang ditulisnya adalah bertemakan budaya kaum etnik dimana ianya merupakan sulaman yang mempunyai corak yang unik dikalangan komuniti Dusun di Sabah. Cerita tersebut telah diterbitkan dalam isu kesembilan majalah tersebut yang boleh dibeli di pautan berikut: http://writerseggmagazine.co.uk/shop/

Fiksyen kilat merupakan cerita fiksyen yang ditulis dalam jumlah perkataan yang kurang dari 1000 jumlah patah perkataan. Cerita yang ditulis oleh Anzenikha mengisahkan seorang pereka fesyen yang sedang melakar kejayaan di indusri berkenaan dengan rekaan pakaiannya yang berasaskan corak Linangkit. Namun, dia mengambil keputusan untuk mengubah perjalanan kareernya apabila nenek kesayangannya meninggal dunia. Sebagai seorang yang berbangsa Dusun yang dilahirkan dan membesar di Ranau, Anzenikha ingin memelihara budaya etnik kaumnya melalui penulisan cerita yang mengandungi unsur-unsur budaya etnik tempatan. Dia telah menulis cerita ini pada Januari 2021 dan telah menghantar hasil karya penulisannya kepada majalah tersebut yang menerbitkan koleksi puisi, cerita dan lukisan pada setiap bulan. Dia telah menerima email menyatakan bahawa hasil karyanya akan diterbitkan di majalah tersebut pada 18 Mac dan ceritanya telah diterbitkan pada awal bulan April. Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, merasakan rasa bangga dengan pencapaian pelajar tersebut yang membuktikan kebolehan para pelajar kita dalam bidang penulisan. Dia sentiasa menyokong sebarang usaha yang dilaksanakan oleh para pelajar dan guru disekolah tersebut dalam apa jua bidang.

Kongsikan Berita Ini :