Seorang Menteri Kesihatan Sri Lanka Positif COVID-19 Selepas Minum Herba Sihir

Menteri kesihatan Sri Lanka, yang secara terbuka mengesahkan ramuan sihir untuk menghentikan peningkatan jangkitan COVID-19 di pulau itu, diuji positif terhadap virus itu dan akan menjalani kuarantin kendiri, kata pegawai.

Beliau sebelum ini beliau secara terbuka mengesahkan ramuan sihir untuk menghentikan peningkatan jangkitan COVID-19 di pulau itu, diuji positif terhadap virus itu dan akan menjalani kuarantin kendiri, kata pegawai hari ini.Pavithra Wanniarachchi secara terbuka menggunakan ramuan sihir, kemudian dinyatakan mengandung madu dan buah pala, yang dihasilkan oleh seorang tukang sihir yang mendakwa ia berfungsi sebagai inokulasi seumur hidup terhadap virus terbabit.

Beliau juga menuangkan sebotol ‘air jampi’ ke sungai pada bulan November selepas seorang dewa memberitahunya bahawa ia akan mengakhiri wabak itu.

Negara pulau dengan penduduk seramai 21 juta itu Jumaat lalu meluluskan penggunaan kecemasan vaksin yang dihasilkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford, hanya beberapa jam selepas Wanniarachchi diuji positif, kata pegawai.Seorang pegawai Kementerian Kesihatan pada Sabtu mengesahkan, Pavithra menjadi pegawai tertinggi setakat ini yang dijangkiti virus itu.Beliau dan kontak rapatnya diminta menjalani kuarantin.

Seorang menteri muda yang juga mengambil ramuan yang dipopularkan oleh Wanniarachchi diuji positif virus itu awal minggu ini.

Doktor di negara kepulauan itu menyatakan bahawa tidak ada asas ilmiah untuk sirap itu, dan tidak ada penawar yang diketahui untuk COVID-19.

Namun, ribuan orang menentang sekatan perkumpulan orang ramai untuk berpusu-pusu ke sebuah desa di tengah Sri Lanka bulan lalu untuk mendapatkan penawar yang dihasilkan tukang kayu, Dhammika Bandara.

Anggota keluarga ahli politik lain, yang berasal dari kampung Bandara, juga dijangkiti selepas mengambil sirap berkenaan.

Media prokerajaan memberikan publisiti meluas terhadap ‘lelaki suci’ itu, yang mendakwa formula itu dinyatakan kepadanya oleh Kali, dewi Hindu untuk kematian dan kehancuran.

Namun, kerajaan sejak itu berusaha untuk menjauhkan diri dari Bandara, yang ramuannya telah diluluskan sebagai makanan tambahan oleh unit perubatan asli.

Sri Lanka berada dalam keadaan bergelut dengan COVID-19, dengan jumlah kes dan kematian meningkat, masing-masing dari 3,300 dan 13 pada awal Oktober hingga hampir 57,000 jangkitan dan 278 kematian minggu ini.-BH

Kongsikan Berita Ini :