Sajat mengakui telah Melakukan pembedahan tukar jantina

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akhirnya mengakui dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina.

Menerusi InstaStory miliknya, dia turt mendakwa kerja-kerja amal kebajikannya tidak dipersetujui segelintir pihak akibat statusnya.

“Adakah aku seorang kafir? Seorang yang tidak layak memeluk Islam dan berbuat baik dalama agamaku.

“Bila terjadi macam ini, aku rasa, aku makin jauh untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ujian berat dan tindakan tidak wajar pada diri aku kerana aku bersedekah dengan memakai pakaian wanita.

“Ini semua haram. Kau itu tak layak beragama Islam. Sebab itu kad pengenalan lelaki walaupun kau tiada nafsu pada wanita. Semua kata kau ini lelaki dalam kad pengenalan.

“Walaupun kau sudah menjalani pembedahan penukaran jantina. Ini semua kau buat wakaf tetap haram sebab kau berpakaian wanita,” tulis Sajat.

Minggu lalu, nama Sajat kembali menjadi bahan bualan netizen selepas dia mendakwa, dirinya ditahan reman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin di pejabatnya di Shah Alam.

Menurut Sajat, 36, dia ditahan pada tanggal 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu dan dia telah dilayan tidak wajar walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.

“Saya digari, dikasari dengan kata-kata dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan dan badan saya bengkak kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri.

“Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia lain juga. Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian mengganggu perniagaan saya dan mental,” katanya. – MalaysiaGazette

Kongsikan Berita Ini :