Satu Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Di Tepi Sungai Petagas

KOTA KINABALU: Sekumpulan pemancing lelaki terkejut sebaik menemukan mayat lelaki dalam keadaan tergantung semasa mencari umpan di tepi Sungai Petagas, Kampung Sri Tanjung, berhampiran Mas Kargo, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang kelmarin sebelum kumpulan terbabit membuat laporan polis.

“Bertindak dengan maklumat, kita menggegaskan sepasukan anggota dan pegawai polis ke lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati, lelaki tanpa identiti itu dipercayai membunuh diri sebelum ditemui tergantung di dahan  pokok di tepi sungai berkenaan.

“Kejadian dipercayai baru berlaku dan lelaki terbabit mengantung diri menggunakan tali yang diikat pada pokok berkenaan,” katanya.

Menurutnya hasil siasatan awal tidak mengesan sebarang unsur jenayah bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar insiden terbabit.

ambahnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat. – Utusan Borneo

Kongsikan Berita Ini :