Dicekup Bercumbuan rayu dalam kereta belakang pasar raya Tampa Rasa MALU

Kulim: Pasangan kekasih yang sedang asyik berpeluk dan bercumbu dalam Proton Saga di belakang sebuah pasar raya di Lembah Impiana di sini, terkejut didatangi penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), jam 7 malam semalam.

Bagi mengelak ditahan, pasangan terbabit memecut dari lokasi namun dapat ditahan kira-kira 20 minit kemudian oleh anggota unit kereta peronda (MPV) polis.

Terdahulu, tindakan pasangan itu disedari penguat kuasa PADK yang sedang melakukan rondaan.

Sumber berkata, pemeriksaan mendapati, kedua-duanya tiada ikatan sah suami isteri atau hubungan mahram dan disyaki melakukan maksiat.

“Pasangan itu memberi alasan baru pulang makan dan berehat dulu di kawasan itu sementara menjelang Maghrib.

“Lelaki terbabit dipercayai menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) manakala wanita berusia 25 tahun itu tidak bekerja. Mereka dipercayai berasal dari Kulim,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh, mengesahkan penahanan pasangan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pasangan itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan,” katanya.

Kongsikan Berita Ini :