546 KES BARU DI SABAH DAN TUJUH KEMATIAN DICATATKAN – COVID-19

KOTA KINABALU: Kes kematian akibat Covid-19 di Sabah kembali meningkat kepada tujuh kes, pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lapan kes kematian di Malaysia, tujuh kematian adalah di Sabah.

Kematian yang dilaporkan masing-masing empat kes di Hospital Queen Elizabeth, dua kes di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan satu kes di Hospital Tawau.

Kematian di Sabah melibatkan lima warga negara dan dua bukan warganegara yang berumur antara 35 hingga 73 tahun.

Kebanyakan mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, penyakit paru-paru kronik dan penyakit jantung.

Sementara, satu kematian dilaporkan di Hospital Sungai Buloh melibatkan perempuan berusia 61 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Katanya, dengan tambahan kematian terbaru itu menjadikan kes kematian yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 246 kes.

Untuk hari ini, Sabah mencatatkan 546 kes positif baharu, daripada keseluruhan 801 kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia.

Empat kluster dilaporkan hari ini termasuk satu kluster di Sabah iaitu kluster Seri Gayang dengan 11 kes baharu.

Sementara, 29 kes baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tambahan kes baharu itu menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 29,441 kes. Sebanyak 10,123 kes aktif dengan 94 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 25 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, kes pulih yang dilaporkan hari ini adalah 573 kes, dengan bilangan kumulatif sebanyak 19,072 kes.

Kongsikan Berita Ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published.