2 Wanita Terperangkap Dalam Kebakaran Di Kompleks Karamunsing

KOTA KINABALU: Dua wanita yang terperangkap dalam kebakaran yang berlaku di Kompleks Karamunsing berjaya diselamatkan.

Insiden yang berlaku kira-kira 5.45 petang itu dipercayai disebabkan oleh putung rokok yang dibuang di tempat pembuangan sampah di tingkat satu bangunan berkenaan.

Akibat daripada itu,  asap tebal kelihatan sehingga tingkat atas bangunan setinggi 12 tingkat berkenaan.

Difahamkan ketika anggotan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian, api sudah merenak sehingga tingkat empat dan tingkat lima bangunan tersebut.

Kongsikan Berita Ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published.