Negara Pakistan pula haramkan TikTok

ISLAMABAD: Aplikasi media sosial TikTok diharamkan di Pakistan atas alasan syarikat itu gagal mengawal kandungan yang tidak dibenarkan.

Jelas pihak berkuasa Pakistan, langkah itu diambil selepas menerima aduan tentang kandungan yang ‘tidak bermoral’ dalam aplikasi berkenaan.Salah seorang ‘selebriti’ TikTok Pakistan, Hareem Shah bagaimanapun berpandangan bahawa kerajaan tidak memberi alasan yang kukuh bagi mengharamkan aplikasi itu.

Kata Hareem yang mempunyai lebih 4,000,000 pengikut di TikTok, aplikasi itu sebaliknya menjadi platform untuk mempamerkan bakat anak muda Pakistan kepada seluruh dunia.

“Saya ingin tanya kepada kerajaan dan perdana menteri Imran Khan sama ada alasan ‘tidak bermoral’ adalah sebab yang benar (di sebalik pengharaman).

“Jika terdapat alasan yang berhubung dengan keselamatan atau alasan yang menghindar pembangunan Pakistan, kami akan menyokong pengharaman itu kerana Pakistan negara kami.“Namun, menggunakan alasan ‘tidak bermoral’ untuk mengharamkan TikTok tidak kukuh. Tolong beritahu kepada orang apa alasan sebenar,” katanya.

Dalam masa sama, Hareem menegaskan bahawa langkah itu akan menekan kebebasan kreatif di Pakistan.TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, Bytedance, adalah aplikasi ketiga yang paling banyak dimuat naik, selepas WhatsApp dan Facebook.India dan Amerika Syarikat turut pernah mengambil tindakan untuk mengharamkan aplikasi tersebut.

Kongsikan Berita Ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published.