Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan Catat Kes Tertinggi Hari ini : Covid-19

KOTA KINABALU: Sebanyak 271 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah semalam, dengan daerah ini mencatatkan tambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 98 kes.

Sehingga kini, bilangan kumulatif kes yang dilaporkan di Kota Kinabalu adalah sebanyak 493 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi menerusi Facebook PKN Sabah menyatakan, semalam kes kedua tertinggi dilaporkan di Tuaran dan Sandakan masing-masing mencatatkan 35 kes baharu.

Dengan tambahan kes baharu itu, bilangan keseluruhan kes di Tuaran adalah sebanyak 192 kes dan 231 kes di Sandakan.

Manakala, daerah yang mencatatkan bilangan kumulatif kes tertinggi sehingga kini masih lagi di Tawau dengan 963 kes, diikuti oleh Semporna (690); dan Lahad Datu (357).

Setakat semalam, Sabah mencatatkan 3,290 kes dengan tambahan 271 kes baharu. Kes kematian di Sabah meningkat kepada 22 kes dengan lima kes kematian yang dilaporkan semalam.

Sehingga kini, kes aktif yang masih dirawat di hospital di Sabah adalah sebanyak 1,943 kes dan kes yang pulih adalah 1,325 kes.

baca lagi tentang covid :
https://sabahnewskini.com/2020/10/09/sebanyak-40-petugas-kesihatan-dikesan-positif-covid-19/

Kongsikan Berita Ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published.