KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan parti itu akan terus diperkuatkan di Batu Sapi bagi meneruskan aspirasi bekas Ahli Parlimennya,
mendiang Datuk Liew Vui Keong untuk terus membela rakyat negeri itu.Mohd Shafie berkata, pemergian Liew, yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), amat dirasai.
Ujarnya lagi, mendiang merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa, bukan sahaja kepada rakyat di Sabah, bahkan di Malaysia.
“Saya berharap semua masyarakat yang berada di Batu Sapi sentiasa bergabung tenaga, berusaha mempastikan apa yang telah dihasratkan oleh mendiang Datuk VK Liew akan dapat kita teruskan untuk memperkuatkan Parti Warisan dan juga membela rakyat bersama seperti apa yang diharapkan oleh mendiang Liew.
“Saya berharap rakyat Batu Sapi akan terus memberi sokongan padu kepada Parti Warisan. Teruskan penyatuan rakyat kita. Kita berpadu dan kita teruskan perjuangan,” katanya kepada media, baru-baru ini.

Kita Perkuatkan Jentera Warisan untuk PRK Batu Sapi – Shafie Apdal
Parti STAR Kekal Pendirian Perjuangan Pas Perlu Ditolak Di Sabah
Ahli politik antara Utama ‘pengantara’ dalam pengambilan pekerja asing, kata ahli Parlimen
Warisan Plus Dan PH Mesti Berhenti Membohongi Diri Sendiri Dan Rakyat
Kesemua Ahli Parti Amanah Tolak Belanjawan 2021 – Mat Sabu
MADIUS MINTA KEBENARAN DITEGAKKAN KAD PENGENALAN SABAH DIGANTI BARU