Satu Gempa bumi sederhana landa Mindoro – Filipina

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Mindoro, Filipina pada 2.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 40 kilometer (km) barat daya dari Batangas City, Filipina pada kedalaman 132 km.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

Kongsikan Berita Ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published.